Monday, November 22, 2010

School's Finished once Finishing School Starts

Apa kejadah da~ tajuk. Skejap finish. Pastu start. Apa bah ini?


Finishing School merupakan satu program bagi pelajar semester akhir di UiTM. Kira cam program penutup la. Sort of like guiding us towards where to head after our studies. We were taught on how to put positive mindsets, not to be choosy in selecting jobs, what sort of traits employers were looking for..bla bla bla.

  Perpindahan ke Cluster C from Cluster A.

FUN FACT: Cluster C baru dibuka pada semester ini di mana pelajar siswa yang dari asalnya menginap di Cluster B..nun di atas bukit telah berpindah ke sini. Maka yang tinggal hanya pelajar siswi yang dok atas bukit Cluster A & B. Disebabkan dewan berada berdekatan dengan Cluster C, maka untuk program ini, siswi semua dibawa turun menginap di Cluster C. F.y.i..masa ni dah start cuti semester. So most students dah balik kampung tendang bola sana sini.shopping raya sana sini. Us? Still kat UiTM. Hmm..takpe la, kira cam sacrifice la kan? Program ilmu~


View from C4.02.02
Front view of Block C3
Get the clear pic of the surroundings yet?


OK, back to basic. 15th November, the first session started at 8am. Our speaker? Mr Aladin. Seriously, that's his name.
Can u detect the type-O? Not quite sure if he noticed it himself.


The second session was....err dunno. Cuz why? Cuz turns out. i escaped the session to eat at Juara Nasi Ayam. Tahniah buat mereka2 yang berjaya mempengaruhi aku untuk ikut korang. Walhal aku yang awal2 influence diorang untuk stay for the second slot. Tapi 10 vs 1..sah2 la aku kalah. Redha~

1st day was hell boring. The evening session was indoor slot. Good thing we had Madam Sharifah. My Research Methodology and Principles of Selling's lecturer. Dia best~  Only yang tak best..kena nyanyi lagu that iklan where ada Hafiz AF, Akim AF n Aril AF. Tengok! Sampai tajuk pun aku tak tau. Iklan apa pun aku tak hingat. Sorry u guys. Sooo..not a fan of yours. 
Then sampai malam dengar ceramah je keje. That night..we were assigned to prepare a resume. Sebab esoknya kitorang ada mock interview. OK Nabila..masa untuk kluarkan apa yang ko pernah belajar masa part 3 dulu. Ala..copy paste dari internet je la. Mana ada masa nak buka buku lagi. Achievements pun hentam kromo je. Mana ada sijil for proof. Besides..its only a mock one. n we weren't told to bring this n that. So i came empty handed. Minta belas ihsan member bernama Ikhlas untuk pinjam lappy je buat resume. Thanks Ikhlas for the keikhlasan. hehe.

Day 2, 16th November. Countdown the hours till farewell. That morning, indoor class again ngan Madam. We played games, e.g:

On your mark...
get set..
GO!!!
OK, if u're wondering what sort of game this is..well
it's not really a game.

Madam wrote down several professions..n they were to rush to the whiteboard to choose one. The catch: one profession is only allowed for 6 people So first come first serve. Tu yang diorang redah tak hingat dunia tu. 
Apsal 'diorang'? instead of kitorang? hehe..cuz aku yang dok gambar depa ni ha. 

Happynya Iqram dapat his favourite profession: lecturer.

By 10am, smua orang dok sibk buat resume in class. Good thing i've done mine last nite. So advantage leh la jalan gambar2.
Mereka ini antara kawan baik aku. Timtim n Dega. More pics on my Fb. Check.check.cekidout.

Mock interview was carried forward. It was supposed to be on the afternoon. Tapi like i said, Madam kami best~ So we had it in the morning. Besides, i got a plane to catch that night. So nak kena balik awal.
Interview was fine. Miss Mydah..my Operation Management lecturer was one of the interviewer. So as Sir PM Roslan, my part 1 BEL lecturer. Kotigog my heart when i found out that he was one of the interviewer. i was thinking, "Abislah kena hentam ni kang".
But turns out. he was OK. Phewww..So i went out the room safe n sound. Not like its gonna affect my grades or anything. But still, it felt real. 

Abis je interview..i rushed back to the Cluster to pack my belongings. Bye2 UiTM. At least for now. Cuz i'll be back in December for another program. I like to busy myself y'know~

But one thing i'd surely miss. My BMD6C1 friends.-___-'

Oh My....Aaahhhhhhhh~!

OK well maybe i went off a lil too far with the title. Propa giler. The last time i went to the cinema was about 3 weeks ago. Giler punya lama. n only now baru nak sibuk cerita. Whatever. This is my blog remember? I went out with Uno, merangkap my bestie zaman2 kajahilan skolah menengah dulu. (Propa again), Kak Lieja n their other 2 friends. Al-maklum la, orang dah abis final exam, sibuk ajak orang yg tgh exam week kluar tgk wayang. What da heck, they wanted to go. Besides, they should take a day off. Exams are friggin headaches.
Sampai2 kat Suria Sabah, apa lagi, to satisfy 'the' most important... the perut. Planning asal nak makan ringan2 je. (Bukan sebab faktor nak diet..like u'd always assume) Tapi pasal kat umah td dh melantak nasi goreng. Anyhow..disebabkan aku begitu mudah terinfluence dek paras rupa hiasan makanan on display, maka aku pun order la..



Fish n Chips


Lama giler tak makan fish n chips, sampai lupa camne rasa dia yg sebenarnya. Seriously. But it was good. Only the trouble was...nak menghabiskannya. But i managed to gulp it in. Ends up...
buncit la apa lagi~ Adehh.


outdoor seating...cool giler. Too bad takde gambar scenery. Leh nampak laut, pulau, Jesselton Point, bot2 nelayan, feri Labuan, polis marin yang ensem *koff*, dan yang sewaktu dengannya.



Perut dh kenyang..duit RM10.50 dh melayang...gi perabihkan duit kat wayang plak. Kitorang tgk crite..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Death Place.

Apsal ada gap? OK..sepatutnya ada gambar poster Death Place tu. Tapi dek kerana kelembs gambar tu upload, so kirim salam je la ye. Tak kuasa aku nak tunggu dia upload. Korang google je la tengok apa rupa poster Death Place tu. Tu pun kalo korang nak la, which aku assume korang takkan. 

OK..ni first time aku gi tengok wayang seram kat panggung...yg ala2 freaking out giler punya penakut. Sebelum ni tgk crite seram tak camni. aku pun heran gabak. Aku bab2 tengok crite2 camni tak la penakut giler. Serious ni first time. One second i was closing my eyes..sambil ada gap2 jari-jemari untuk mengintai sikit What happened. n the other time i'd close my mouth. Takut2 kang terlepas suara pondan aku. haha. Screaming i mean. Which...didn't happen. Pheww. Member sorang dah cuak giler dari awal lagi. Tapi, dah nama pun cerita Thai..sah2 la hantu dia suka kluar secara surprise. Mau tak jerit si kawan. 

Anyhow. We had fun. Thankz Uno sebab jadi driver hari tu. Lain kali..jadi driver lagi ye. huahuahuarghh (Evil laugh)

Thursday, November 4, 2010

Apakah??

Ok...aku tengah cuak skang ni. Or should i be happy?



1. Malam tadi aku mimpi kena kejar ular...


2. Then malam ni ada rama-rama masuk bilik.

3. Sedang aku berBlogging..then tetiba aku tercakap ayat yang sama dengan room-mate aku, Julie serentak. Trus Julie cakap.."Nahh...confirm ada orang nak masuk meminang Kak Yong".

Apakah????

Hati ini, hancur dan luluh keranamu~

Tetiba hari ni..aku nak buat entry pasal driving la plak. Aku pun tak tau dari mana idea ni tetiba muncul. Syok2 tengok Facebook orang.then teringat al-kisah dulu-duuuulu. Actually..i hate remembering it. Tapi..benda dah nak jadi. 

Lepas je exam SPM, aku sign-up untuk ambik kelas memandu dengan Dyeija, merangkap besties aku kat skolah dulu. First lesson; indoor class. Blaja peraturan jalan raya..bla3. *Yawn* not because i'm Miss Know-it-all..tapi it was really boring u know?. u learn road signs..traffic light signals..

Ujian pertama ever; ujian mata. n for sure..i passed with warna2 berterbangan. Not to be proud of myself, but...well yeah i'm proud. (Inner me: Yong, don't be vain. Be grateful.) Oh yeah..sorry.
Ok..1st test went well..then comes the 2nd. Before i move on..in case u ask yourself, "Apahal minah ni skejap cakap Bahasa Melayu..skejap cakap omputih ni?" Sorry-Lorry la ye. Apa yang aku pikir dalam kepala hotak aku dulu..itulah yang kluar. So lantak la. Bahasa Melayu ke..Omputih ke..Cina ke..Tamil ke. Lagi banyak lagi bagus dak? 1 Malaysia la katakan. 

Second test..ujian komputer. OK, ni kalau nak lulus kena dapat 86% correct. Even kalo ko dapat 85% skalipun..ko kena repeat balik ujian tu. Sungguh bikin panas. Tapi shouldn't be hard. The questions were based on peraturan jalanraya..with akta2 sikit here and there. Then pasal papan tanda and what it means..
Traffic light..sape tak tahu, gi tanam kepala kat dalam pasir
2-way...means, jangan korang nak pandai2 ambik dua2 lane tu untuk 1-way. Kalau sekalipun itu jalan bapak korang yang punya, agak2 la sikit. Jangan la jadi orang yang kurang bertamadun.
OK perhatian...ini bukan ekor NATES (terbalikkan susunan huruf klau tak paham) mahupun lukisan jalanraya yang distylokan. Kalau dah nampak lukisan ni..paham2 la yang jalan ni bengkang bengkok. Bagi mereka yang teruja melihat jalan sebegini, yang bagi diorang, "Yess..bleh main drift macam dalam Initial D", sila berhati-hati. Bukan apa, takut lak esok kluar kat news, 'Seorang drifter macho/cun jatuh gaung ketika cuba mengelak si kawan". Jatuh segala saham2 investment dohh~ Jangan cakap yang aku tak bagi warning lak.

Ok..nampak gayanya, aku yang semakin drifting-away dari tujuan asal aku. Itulah serba sdikit pasal ujian komputer tu. Untuk makluman lebih lanjut bagi yang tak pernah ambik ujian komputer ini..adalah lebih molek klau korang dengan segera pergi daftarkan diri untuk ambik lesen memandu. 
Setelah berjaya meluluskan diri dari 2 ujian tersebut..maka bertambah2 la konfiden aku untuk pegi ke peringkat seterusnya.
Setelah 8 kali plus2 aku attend class memandu kat Tuaran..aku pun agak2 bersedia untuk ambik ujian memandu aku yang pertama. Cuak memang cuak. Apatah lagi dengar mulut2 orang cakap, 
"Orang JPJ tu suka detect kesalahan..jaga2 ko!"
"Garang owh tu JPJ"
"Aku 3 kali sudah gagal..malas sudah aku mo ambil"
"Diorang memang suka kasi gagal orang tu, supaya kamu bayar lagi".
Adehh..bunyi cam confirm gagal je. Actually..i wasnt at all prepared mentally and physically. Tapi kawan aku cam beria2 dah nak ambik test. Aku pun ON je la. Ujian parking, naik bukit n 3 penjuru..Alhamdulillah berjaya diharungi. Now...to face with the JPJ's. Sementara tunggu giliran kena panggil untuk test..aku pun duduk la kat bangku yang disediakan. Ala-ala ruang menunggu. Nahh..di situlah ko boleh lihat sorang2 kena pangggil nama. Beberapa minit kendian..nampak la balik si nama yang kena panggil tu balik daripada ujian dengan JPJ nya officer. Senang je kalo nak detect orang tu lulus ataupun gagal. 
Sama ada ko balik driving sendiri.atau si JPJ tu drive untuk korang baik. kalau dah ko yang drive balik sendiri..maka lulus dengan jaya la tu. Boleh la ko eksyen lepas ni yang ko dah ada lesen. Tapi bagi yang kena hantar balik..jangan bangga diri and anggap ko kena hantar balik macam bos2, tu tandanya JPJ tu suka kat ko and nak jumpa balik ngan ko. Nahh...bayar la lagi ye. $$$

Sekali, "Nabila Haifa" kena sebut. Huishh..sedap nama. Adehh..nama aku la bongok. Menggigil siot..tapi nak tak nak..aku kena pegi jugak.
Setiba dalam kereta, "Assalamualaikum"..diriku berkata. Sungguh sopan aku rasa diriku. Bagi aku lulus OK? Boleh2 dia diam je, angguk. OK..maybe he wasn't a Muslim. Tho he looks like one. Kot ye pun jawab dalam hati, at least look to me and smile. Hello???..u don't have to show you're all powerful and all. I can see his face with the I-Have-the-Power-to-Fail-You-Girl on his face right instant. Urghhh..i hate this guy. Lepas dh check cermin, check lampu n all..aku pun start enjin. OK..here goes. Baru nak kluar gate, Damn It..i forgot my seat belt!!!! So aku signal ke tepi, n baru lah pakai seat belt. Then aku pandang kat beliau..ntah hape la dia catitkan tu. Sah2 la tolak markah aku. Bodohnya!
OK nabila relax..
yeah right! How am i to relax? I friggin lost marks for some friggin stupid mistake! Urghh..now! Focus.

laalla..my driving's OK. i thought. Then out of nowhere, aku nampak signboard U-turn. Yup..that's my lane. Dengan konfidennya aku masuk lorong selepas signboard tu. Lalala...Then..screech...Bodoh..this isn't your lane. This is to turn right only. No U-turn! U-turn depan lagi la. Time tu aku macam dah nak nangis giler dah. Nak reverse balik..tak dapat. Nak tak nak..aku slambe je la masuk lane tu. 
"Dah..berhenti di tepi", si beliau berkata. 
"Ala Encik..sorry la. Boleh saya drive balik dari awal?"
Si beliau menggeleng kepala.
........
Sampai je kat driving school tu..aku menebalkan muka yang makin menebal ni. Then Dyeija kawanku datang.."So camna?"
"Gagal."
"Ndak pa la..kita cuba lagi".
Rupanya, seangakatan kami.

Few months later..here we go again. This time..I hope i'm ready. I cant say i'm all ready..cuz aku masih lagi terbayang wajah si pemberi kegagalan kat aku dulu tu. But this time..muka beliau tidak lagi kelihatan. After waiting n waiting...nama."Nabila Haifa" disebut lagi. Dengan tahap mengggigil yang agak kurang sedikit dari yg pertama kali..aku pun menaiki kereta Kancil warna silver itu. 
This time, si JPJ agak muda n ada rupa. Hmm..i thought. Best nya. hahaha. "Assalamualaikum" i said. n he replied. Good, i thought again. Some major improvements here. But he looked serious. Nabila..jangan gedik. Focus! Like i'm falling in love, Hello??? he doesnt look my taste. Just good looking. 
First few minutes..hmm..everything's going OK. I had my seat belts on. I remembered my route better. n the road was lengang giler. Tak banyak kereta. So santai berabis la aku. Then comes to a traffic light. Henpon si kawan sebelah mula berdering..lalu mengangkat. Eh..u're working remember?? Ohh..bergayut lagi tu. Suara pompuan..n this time dia senyum2. what da heck?? 
Then bila traffic light dah hampir2 nak hijau, aku pun masuk gear siap2. Then bila dah hijau..aku lepaskan hand brake..All of a sudden..kereta tu batuk2..lalu termati. Budus!!! apa lagi ni?? Start punya start..tak dapat. Eh..salah kereta la. Bukan aku. Then si kawan hanya menggelengkan kepala. Lalu mengambil alih tempat aku. "I didn't fail, did i?" Lepas traffic light..dia bagi aku drive balik. Pheww. i thought. 
Finally masuk simpang balik ke driving school. Last challenge..kena naik bukit 75 degree mencongak. I could do this. Biasa sudah. 
Nahh...di situlah malang aku datang kembali. Ntah out of nowhere..kat tengah2 bukit tu bleh mati plak enjin..!! Huhuhu..nak nangis.. and this time si kawan yang drive aku balik. Sedih yang teramat2 sedih giler..100 meter je lagi nak smpai.. tsk tsk..bukan salah aku la..kereta tu bongok. Lama tak servis!

Few months later..
OK i said. This is my last. If ever i fail again..i might not have the confidence to drive again. I'm gonna hate driving forever. 
Tapi Alhamdulillah...i finally made it.

i now have my own driving license.

What i'm shortening of;

-lack of confidence to drive: aku betul2 takut nak drive. Mungkin sebab trauma kot. Lagipun..takde kereta kat umah yang aku bleh bawak. Actually..i'm allowed to drive the Satria..but the thing is, Satria Papa bawak gi Labuan. So aku takde kereta la kat KK ni. Kereta kesayangan Papa ada la kat KK skang, tapi Mama guna. Lagipun..sudah namanya kereta kesayangan. No way is he allowing me to drive. What with no experience yg cukup lagi. The only time i drove..betul2 drive masa aku Part 2. Gi karambunai berpicnic ngan Nanot, Phybee, Bebeh, Zaza n her boyfriend. Itu je la. Smpai la aku part 6 skang..takde nya aku pegang kereta lagi
Pasni..aku sendiri berharap yang bila aku sambung degree..aku nak regain my confidence back. I should take my experience to build the better me. I so hope i could regain my confidence to drive on time. Sedangkan driving kat KK ni pun aku takut2..apatah lagi kat keadaan traffic kat KL tu nanti? Will i survive?
we'll see~

Thursday, October 14, 2010

If i could turn back time...

I've been busy since after Raya. Like wayy~ busy. Literally. Deadline here. Deadline there.
 Tests here. Tests there. 

i missed u Bloggy. That's why i'm dropping by for a while. I'm in d middle of finishing up my Operational Plan for ENT300's Business Proposal right now.
Urghh.it's been ages since i started. n yet it's like it hasn't any progress. Due date; 20th October. Otherwise known as NeXT Wednesday. How d hell am i to speed up whatever i'm doing? The Proposal needs to be hard-covered. n that'll take what? 4 days?

Bloggy..i need inspiration~ i'm way off lacking it. 
btw..i'm fricken pissed off with that stupid-dork-nitwit thingy...better known as Virus. BEST Known for VIRUS SHORTCUT. It friggin attacked my external hard disk! Whoever invented the virus..i'm sooo....not forgiving u!
Now all my photo memoirs, music repertoires, movie/drama/cartoon collections, game collections and several assignments are doomed. All icons....shortcut-ed.
I hate u more than i do to smokers!

Say NO to Virus creator. Say NO to SMOKERS.
(It may not be related theoretically...but hell. I still dislike 'em)

Friday, September 10, 2010

Riang Ria Raya~

Masuk tahun ni, dah 6 tahun aku beraya kat Sabah sekeluarga. Tanpa sedara-mara. Tapi, tu bukan masalah. Alhamdulillah, aku masih mempunyai keluarga. Aku bersyukur sangat2 dapat kluarga yang (bagi aku) sangat sempurna. Biarpun kekadang ada perselisihan paham, gaduh2 sket..tapi itu la yang buat aku rasa aku ada kluarga yang sempurna. Barulah ada adventure sket. 

Raya tahun ni, sama macam raya2 sebelum ni.  Kitorang dah masak awal2 lagi. Bawang2, halia, lengkuas segala hal smua dh siap diblend. Hari sbelum raya, hari Khamis mama keje half day. Kul 1pm mama abis keje terus balik umah masak rendang ayam. Ye la, nak harapkan aku masak rendang ayam..alamatnya, tak beraya la kang. Orang suruh masak rendang, aku buat ayam masak merah. Camano tu? So tugas aku tolong2 blend je la. Sementara mama masak, aku ngan Tasya mop satu umah. Lap2 furniture. bla3. Kul 5pm kitorang chow gi airport. Nak menjemput adik aku lagi sorang, Danial. Dia skang blaja kat Perak. Sebelum dia balik ke cni untuk cuti raya, dia balik Penang dulu. Nahh..di situ la Maktok mengirim ketupat palas. So, ringan la sket keje mama tahun ni, xyah buat ketupat. Kuih raya tahun ni boleh tahan banyak jenisnya gak la. Ada la kot dalam 12 jenis. Tu tak termasuk kuih yang kawan mama buat sebagai tester kononnya. Hmm..mewah la aku bawak balik UiTM nanti. Buat open-room. (ntah sape la yang invent perkataan tu). 

Pagi raya, kitorang macam biasa akan sembahyang Raya kat Masjid Bandaraya. Macam2 fashion raya aku tengok. Yang mamat gi sembahyang tu dengan rambut panjang pun ada. Tak cukup tu, berdye lagi tu. Kuningnya takyah cerita la kot. Lantak diorang la. Yang aweks plak, kata je pegi sembahyang, tapi on the way nak masuk masjid tu, mengurai rambut mengalahkan model syampu kat TV. Aihh...rimas aku tengok. Baju diorang plak. Hmm....OK la, 'tutup aurat'. Lengan panjang, kain sampai ke buku lali. Tapi kalau sampai kain tu jarang kat bahagian bra n buntut..apa kes?? Eh..diorang ni kan. Kalau ye pun baju raya, tutup la wei. Ni masjid OK? Nyesal aku tak bawak kamera tadi. Bukan la nak mengutuk, tapi kalau dapat aku tegur..memang terasa berkeinginan sangat2. Dah la baju purple mengerlip..yang kaler dalam tu plak, Pink! What da-??? Dah tu..kluar2 masjid, dia pun sibuk cari heels dia. Dah jumpa, dia gi tunduk la nak capai. Adehhh...di situ la aku, Tasya n Mama mengucap panjang. Makin ditunduk, makin tercabut plak dia punya cangkuk kain tu. Aduhh~ Sakitnye mata. Astaghfirullahalazim~
Sepatutnya lepas sembahyang, kita kena la duduk dengar khutbah. Oh tidak..bagi orang2 tertentu ni ha. Abis2 je salam, Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah...Terus diorang bangun menghalakan ke pintu keluar. Tak ke mendengar khutbah tu sebahagian daripada sembahyang raya. Imam tu awal2 lagi dah pesan, duduk dengar khutbah dulu lepas abis sembahyang. Tak jugak diorang peduli. Lelaki pompuan sama je. Ntah hape yang diorang terkejar2 sangat ntah. 

Lepas abis sembahyang, kitorang gi umah Haji Sunarno kat Kg Likas. Adehh..ingat balik umah terus. Rupa2nya dah gi beraya. Dengan slipper Crocs yang dah buruk ni..kitorang pun redah je la. Ala, bukannya sampai bawak slipper masuk umah pun kan? Peduli la. Bukannya taknak menjaga tertib, tapi dah terlanjur macam tu, nak buat camane? Kang pakai slipper lawa2 gi masjid..hemm..xnak i. aku taknak sejarah berulang kembali. Ntah sape la yang ambik slipper aku. Walaupun slipper tu bukan baru, tapi still lawa oK? aku jaga wei. Tapi tu la..salah aku gak. Gatal nak pkai lawa2 ke masjid. Dah..terbang la slipper tu. As for me..hmm..jalan berkaki ayam la aku ke kereta. Bukan calang2 dekat. Dari masjid nak ke kereta..ada la dalam 250m. Tu belum kira cabaran aku kena tempuh lagi. Nak kena kluar masjid tu ramai2..nahh terpaksa aku lowered kan kain aku full blast. Pastu kena plak lintas jalanraya. i repeat, jalanraya OK? Haduhh. dugaan tul. Dah tu kena lari2 anak. Mana ada masa nak jalan ayu2 wei. Kang tak pasal2 sambut raya kat hospital la jawabnye. Time tu dah tak pikir lain dah. Lantak la orang nak cakap apa. Baju lawa2, tapi kesian takde slipper. Adehh~

Balik umah je, kitorang bergambar. Tapi lom masuk lappy lagi. So next post baru aku upload OK? Lepas suka2, gambar2, maka kitorang pun bermaaf-maafan. Seperti biasa, antara isi tersurat..minta ampun la. Ye la, aku ni degil. So takut mama papa terasa ke apa, tapi tak bagitau, so baiklah minta ampun. 0-0 balik la. hehe. (Apa punya akai da~) Then next time degil lagi. Bila la aku nak berubah ni? 

K arr..tunggu post aku setrusnya. Jap gi, kawan mama nak datang. So nak kena prepare kuih2 semua. 

Cya.

Thursday, September 2, 2010

FUNNY haha QUOTES haha

1. The man who smiles when things go wrong has thought of someone to blame it on.


2. The only way to keep your health is to eat what you don't want, drink what you don't like, and do what you'd rather not.


3, Girls are like phones. We love to be held, talked too but if you press the wrong button you'll be disconnected!


4. Men are like bank accounts. Without a lot of money they don't generate a lot of interest


5. Last night I lay in bed looking up at the stars in the sky and I thought to myself, where the heck is the ceiling.


6. Never go to a doctor whose office plants have died


7. When I was kidnapped, my parents snapped into action. They rented out my room


8. Everybody wants to go to heaven; but nobody wants to die.


9. A computer once beat me at chess, but it was no match for me at kick boxing.


10. What do you mean, my birth certificate expired?


11. How Many Roads Must A Man Walk Down Before He Admits Hes lost?


12. The road to success is always under construction


13. Car service: If it ain't broke, we'll break it


14. Who are you and how did you get in here? Frank: I'm a locksmith. And... I'm a locksmith..


15. If there is a "WILL", there are 500 relatives.


16. My advice to you is get married: if you find a good wife you'll be happy; if not, you'll become a philosopher.


17. Give a man a fish and he eats for a day. Teach him how to fish and you get rid of him all weekend.


18. Why don't they make the whole plane out of that black box stuff.


19. Some folks are wise and some otherwise.


20. A recent survey stated that the average person's greatest fear is having to give a speech in public. Somehow this ranked even higher than death which was third on the list. So, you're telling me that at a funeral, most people would rather be the guy in the coffin than have to stand up and give a eulogy.

Cambest jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...