Friday, September 10, 2010

Riang Ria Raya~

Masuk tahun ni, dah 6 tahun aku beraya kat Sabah sekeluarga. Tanpa sedara-mara. Tapi, tu bukan masalah. Alhamdulillah, aku masih mempunyai keluarga. Aku bersyukur sangat2 dapat kluarga yang (bagi aku) sangat sempurna. Biarpun kekadang ada perselisihan paham, gaduh2 sket..tapi itu la yang buat aku rasa aku ada kluarga yang sempurna. Barulah ada adventure sket. 

Raya tahun ni, sama macam raya2 sebelum ni.  Kitorang dah masak awal2 lagi. Bawang2, halia, lengkuas segala hal smua dh siap diblend. Hari sbelum raya, hari Khamis mama keje half day. Kul 1pm mama abis keje terus balik umah masak rendang ayam. Ye la, nak harapkan aku masak rendang ayam..alamatnya, tak beraya la kang. Orang suruh masak rendang, aku buat ayam masak merah. Camano tu? So tugas aku tolong2 blend je la. Sementara mama masak, aku ngan Tasya mop satu umah. Lap2 furniture. bla3. Kul 5pm kitorang chow gi airport. Nak menjemput adik aku lagi sorang, Danial. Dia skang blaja kat Perak. Sebelum dia balik ke cni untuk cuti raya, dia balik Penang dulu. Nahh..di situ la Maktok mengirim ketupat palas. So, ringan la sket keje mama tahun ni, xyah buat ketupat. Kuih raya tahun ni boleh tahan banyak jenisnya gak la. Ada la kot dalam 12 jenis. Tu tak termasuk kuih yang kawan mama buat sebagai tester kononnya. Hmm..mewah la aku bawak balik UiTM nanti. Buat open-room. (ntah sape la yang invent perkataan tu). 

Pagi raya, kitorang macam biasa akan sembahyang Raya kat Masjid Bandaraya. Macam2 fashion raya aku tengok. Yang mamat gi sembahyang tu dengan rambut panjang pun ada. Tak cukup tu, berdye lagi tu. Kuningnya takyah cerita la kot. Lantak diorang la. Yang aweks plak, kata je pegi sembahyang, tapi on the way nak masuk masjid tu, mengurai rambut mengalahkan model syampu kat TV. Aihh...rimas aku tengok. Baju diorang plak. Hmm....OK la, 'tutup aurat'. Lengan panjang, kain sampai ke buku lali. Tapi kalau sampai kain tu jarang kat bahagian bra n buntut..apa kes?? Eh..diorang ni kan. Kalau ye pun baju raya, tutup la wei. Ni masjid OK? Nyesal aku tak bawak kamera tadi. Bukan la nak mengutuk, tapi kalau dapat aku tegur..memang terasa berkeinginan sangat2. Dah la baju purple mengerlip..yang kaler dalam tu plak, Pink! What da-??? Dah tu..kluar2 masjid, dia pun sibuk cari heels dia. Dah jumpa, dia gi tunduk la nak capai. Adehhh...di situ la aku, Tasya n Mama mengucap panjang. Makin ditunduk, makin tercabut plak dia punya cangkuk kain tu. Aduhh~ Sakitnye mata. Astaghfirullahalazim~
Sepatutnya lepas sembahyang, kita kena la duduk dengar khutbah. Oh tidak..bagi orang2 tertentu ni ha. Abis2 je salam, Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah...Terus diorang bangun menghalakan ke pintu keluar. Tak ke mendengar khutbah tu sebahagian daripada sembahyang raya. Imam tu awal2 lagi dah pesan, duduk dengar khutbah dulu lepas abis sembahyang. Tak jugak diorang peduli. Lelaki pompuan sama je. Ntah hape yang diorang terkejar2 sangat ntah. 

Lepas abis sembahyang, kitorang gi umah Haji Sunarno kat Kg Likas. Adehh..ingat balik umah terus. Rupa2nya dah gi beraya. Dengan slipper Crocs yang dah buruk ni..kitorang pun redah je la. Ala, bukannya sampai bawak slipper masuk umah pun kan? Peduli la. Bukannya taknak menjaga tertib, tapi dah terlanjur macam tu, nak buat camane? Kang pakai slipper lawa2 gi masjid..hemm..xnak i. aku taknak sejarah berulang kembali. Ntah sape la yang ambik slipper aku. Walaupun slipper tu bukan baru, tapi still lawa oK? aku jaga wei. Tapi tu la..salah aku gak. Gatal nak pkai lawa2 ke masjid. Dah..terbang la slipper tu. As for me..hmm..jalan berkaki ayam la aku ke kereta. Bukan calang2 dekat. Dari masjid nak ke kereta..ada la dalam 250m. Tu belum kira cabaran aku kena tempuh lagi. Nak kena kluar masjid tu ramai2..nahh terpaksa aku lowered kan kain aku full blast. Pastu kena plak lintas jalanraya. i repeat, jalanraya OK? Haduhh. dugaan tul. Dah tu kena lari2 anak. Mana ada masa nak jalan ayu2 wei. Kang tak pasal2 sambut raya kat hospital la jawabnye. Time tu dah tak pikir lain dah. Lantak la orang nak cakap apa. Baju lawa2, tapi kesian takde slipper. Adehh~

Balik umah je, kitorang bergambar. Tapi lom masuk lappy lagi. So next post baru aku upload OK? Lepas suka2, gambar2, maka kitorang pun bermaaf-maafan. Seperti biasa, antara isi tersurat..minta ampun la. Ye la, aku ni degil. So takut mama papa terasa ke apa, tapi tak bagitau, so baiklah minta ampun. 0-0 balik la. hehe. (Apa punya akai da~) Then next time degil lagi. Bila la aku nak berubah ni? 

K arr..tunggu post aku setrusnya. Jap gi, kawan mama nak datang. So nak kena prepare kuih2 semua. 

Cya.

No comments:

Post a Comment

Cambest jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...