Oooiii..ooiii...ooiii..tak lama lagi saya konvo!
Oooiii..ooiii...ooiii..dah lama saya tak tulis blog dalam "Inilah...bahasa kebangsaan kita!" *nyanyi*
Kali ni, saya konvo kat UiTM Terengganu kat Dungun. Tak konvo kat Shah Alam dah. Happy, and at the same time keciwa. Eh typo! Maksud saya, kecewa. Haaa..baru betul.
Berikut adalah huraian bagi perasaan saya ketika ini:
Plus, mama dan papa saya juga bangga bukan sahaja kerana anak sulung mereka dapat ijazah, malahan kerana beban mereka bagi menyara saya belajar juga telah tamat di sini. At the same time, mereka nak sangat datang konvo saya sebab nak ambik peluang bercuti kat Pantai Timur. Antara yang dinanti-nantikan tak lain tak bukan..keropok losong yang sentiasa mendapat tempat di hati mereka.
Ok la..gembira, gembira jugak. Sedih..sedih jugak...meh tengok checklist apa yang perlu semak sebelum pergi konvo. Kang tak pasal-pasal ada jugak yang tak dapat konvo sebab terlupa itulah..inilah..
Ni buku manual istiadat konvo. Penting ni! Sebab ada detail pasal bila konvo kita.
Tarikh, waktu dan tempat.
Senarai semak. Wajib print!! Sebab, nama pun senarai semak. Klau kurang satu item ni, maka tak dapat la korang nak ambik jubah. Bila dah takde jubah, takde la korang naik pentas.
Borang jubah. Borang ni penting bila masa nak ambik jubah. Sebab ni bukti yang kita merupakan pelajar kat situ.
Sapa-sape ingat berkonvo itu percuma, sah-sah la korang bukan pelajar. Zaman skang, nk 'sheeshee' pun bayar tau! Silalah bawak resit ni masa ambik jubah nanti. Selagi tak bayar, selagi tu pengawal jubah-jubah will say "In your dreams lah pakai jubah!" sambil cekak pinggang dan menggerakkan jari telunjuk kanan ke kiri dan ke kanan berulang-ulang kali (Well maybe not literally, but something like that lah. I know. I just know).
Make sure saman dan denda korang dah disetelkan. Hatta 20 sen sekali pun. Jangan kerana 20 sen, korang takde gambar kenangan naik pentas terima skrol. Otherwise, aku naihatkan, jadilah pengarah filem ataupun penulis novel and letak tajuk karya korang: "Kerana 20 sen..."
Haa..ni yang selalu student lupa nak buat. Kajian Pengesanan Graduan KPT. Basically, it's about kajian on students. Pasal pelajaran diorang, environment kat universiti, prospek kerja bla..bla..bla..
Maka bila semua perkara di atas telah disemak, maka anda telah pun bersedia untuk ke langkah seterusnya, iaitu... Menunggu hari konvokesyen!!!. *tepuk tangan* dan *joget lambak*
Bagi seluruh warga pelajar UiTM yang akan konvo dalam waktu terdekat ni, TAHNIAH atas kejayaan korang semua! *tepuk bahu sendiri* Bagi yang akan terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, SEMOGA BERJAYA! *applause* Bagi yang memilih untuk bekerja, berkahwin mahupun berehat (seketika) di rumah, SEMOGA BERJAYA juga hendaknya. Amin. *applause*
.
.
.
.
.
.
.
Konvokesyen saya jatuh pada hari Ahad 19 Mei 2013, sesi pagi. Sesiapa yang konvo pada hari yang sama, dan tempat yang sama, SEE YOU THERE!! *lambai tangan*. Dan, janganlah segan-segan kalau nak hadiahkan saya sejambak bunga ke (tak kisah bunga apa) ataupun teddy bear ke (tak kisah saiz apa), saya terima je!! Dan semestinya hadiah-hadiah tersebut akan masuk dalam blog ni. Muahahaha *serious face*.
Okay, enough merapu. Lunch break dah pun abis. Masa untuk kembali bekerja! Takleh curi-curi tulang tau waktu kerja! Boss marah nanti! (gaya cakap seperti Tomok kepada anaknya)
Babai!!! *lambai tangan*
No comments:
Post a Comment