Friday, November 26, 2010

Go..DBS...ketak..ketak..ketak

Entri kali ni aku nak pot pet sket pasal budak2 claz aku. i mean..former clazmates. Ye la, orang baru je abis pengajian Diploma kat UiTM Sabah di hatiku ni. Kira hari paling last aku jumpa diorang: 16 November yang lepas. Aku bab2 kawan ni, aku memang appreciate. Ye la, kalau bukan dek kawan, sape la kita~






Aku takkan lupa..............sebab..........:




Nanot: Merangkap BFF aku dari awal pengajian sehingga tamat pengajian. dan dialah jugak driver aku dari part 1 sampai la ke part 6. haha. Kononnya masa part 1..biarlah dia je bawak kereta klau nak gi kelas ke..nk gi kawad ke..nak tengok wayang ke..ye la, orang yang takde kereta cam aku ni menumpang je la keje. Biarlah nnt after part 3 aku plak berbakti bawak kereta untuk dia 
Hmmppphh...sampai kesudah, tak pernah aku bawak kereta gi UiTM. Ada la sekali je aku drive bawak dia..gi picnic kat Karambunai ngan Syaf, Phybee + bf, Zaza + bf, Bebeh + bf + sis, masa part 2. That was the first n d last.. Sorry Not. Somebody! Please regain my confidence in driving! Tagline Nanot yang aku paling suka, "Hohoho, Merry Xmas". Shopping is her andrenalin. Asal ada free time je, "Jom jalan". Itu yang best nya. hehe


Tim: Si tangan ajaib. Aku bab2 nak belek2 komputer memang tangan panas. Sentuh itu salah. ini salah. Bila Tim pegang OK plak! Musykil. Dialah jugak tempat rujuk kalo aku nak blaja. Especially bab2 calculation. Memang Tim cepat tangkap. Aku skema. Klau lecturer cakap 2+2=4..hah gitu la jawapannya. Tapi Tim lain..dia bleh putar belit cari jalan lain. Maka dapatlah 3+1=4. Tim orang yang sangat independent. Dia pandai naik bas sorang2 turun KK...Aku? huh. Bila dengar 'bas' je..No thanks. Sanggup terperap dalam bilik buat dunno. Tapi skang dah OK dah. Aku suka naik bas.


Ras: Pembekal makanan harapan. Setiap kali lepak, atau paling2 pun singgah kat bilik dia, mesti dia akan offer makanan. Biarpun hanya gula2, tetap dioffernya. Maggi dia buat..Perghhh...sodap siot. Orang kalo dah minat masak, buat apa pun mesti sedap. Cuba kalo aku yang buat. Itu kurang, ini tak kena. Ras jenis yang cepat panik. Bila panik, dia akan pot pet sana pot pet sini. Kekadang layan je la dengar. Tapi dia punya outcome selepas dh cuak giler...memang hasilnya best. Ada sekali nak buat presentation. 1st presentation dia tak buat dengan bagus. Sedih berabis. Pot pet pot pet..tak puas hati..kenapa itu?..kenapa ini?....last2 2nd presentation Nahh..hambek ko. Betul2 dia present. Ada je yang dia nak cakap. Disebabkan 1st try yang tak brape nak menjadi tu la yang inspire dia untuk buat yang lebih baik. Berakit2 ke hulu, Berenang-renang ke tepian. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

Dega: "ikke". OK..jangan tanya apa itu Ikke. It's a secret code. Haha. Sekadar phrase yang buat aku geli-geliman dengar dari mulutnya. Merangkap class rep yang pada awalnya slalu dibuli..dah ujung2 tembelang beliau begitu terserlah untuk payback time. Tho takde la payback mana. Saje je propa. Dega ni pemurah. Suka blanje kawan2. Kekadang terlampau pemurah..tolong kawan sampai sanggup ke sana ke mari. Biarpun hal tu takde kena-mengena ngan dia. Demi kawan~ Ada sekali tu masa nak hantar proposal ETR kat Prof, Dega sanggup teman aku jalan kaki naik ke Cluster sebab Prof ntah dari mana leh muncul kat sana. Supposedly proposal hantar kat dia kat ofis dia. Then tetiba nun jauh kat bilik mesyuarat kat bilik meeting Cluster A. Nasib baik gak la Prof kat Cluster A..klau tak satu hal aku nak tunggu bas/jalan kaki sorang2 naik Cluster. Dah la cuaca panas..bertambah2 panas bila orang berkereta yang lalu lalang buat derkkk je tengok aku ngan Dega berdua2an jalan kaki naik bukit. Berdua2an?? Oppss..sila jangan cetek akal. Dah takde kereta..bas apatah lagi? Nak taknak..jalan je la. 


Ikhlas: Awek Korea. Takyah tanya la apsal. 90% near perfect to be a Korean. Dah la muka sejibik orang Korea...nasib je pakai tudung. Kalau tak..sah2 orang ingat dia orang Korea yang migrate ke Tawau bertahun2 sampai leh cakap Melayu. Cerita2 mauhupun lagu2 Korea..Adehh..suspek la ko Ikhlas. Serba serbi tau. Kekadang orang lain sibuk cerita pasal drama terkini..rupanya dia awal2 dah tengok. Ikhlas gak tempat aku rujuk kalau nak study. Awal2 kenal ngan dia masa part1..huishh.aku tak brani tegur dia. Budak Pandai. Dia cakap ngan geng2 dia je. Tapi masa sama2 ikut Exchange Student Program ke UiTM Samarahan la buat aku rapat ngan dia. Rupanya..pot pet jugak dia ni. Tapi yang tak bleh blah..dia kuat complain. haha. Tahan telinga je la dengar. Bt most of the time..aku stuju ngan dia. hehe
Don't Judge a Book by its Cover.


Ieka: Satu2nya yang panggil aku Nabil dalam claz. Dia jugak yang perkenalkan 'Padini' kat aku. (Another Secret code) Trimas sebab bawak aku ke Luk Luk hari tu. Baru aku tau Luk Luk tu apa kebendanya. Restoran. Tapi bukan beh sembarang order nasi goreng, roti canai dan yang sewaktu dengannya. Diorang cuma jual yang 1 cucuk = RM1. (Budak2 KL..korang boleh dapati kat Downtown Cheras dan tempat2 lepak lain). Sebelum ni dok dengar crite dari orang je. Nasib baik la Ieka ni pandai bawak kreta. Tak cam aku. Penakut! 


ShidahSeorang yang sangat lemah lembut, sopan santun...so bagi bakal2 laki di luar sana klau tengah cari Wanita Melayu Terakhir...hehe. Tapi nak kena confirmkan dulu available ke tak. Orangnya rajin giler study. Takdanya nak tunggu last2 minit cam aku ni. Mulut je cakap tak suka procrastinate..tapi hakikatnya..itulah yang selalu dibuat.



Famy: Si stylo milo ala2 Korea. Ada je pesen baru dari Famy each week. Trademark: Bow tie. Stokin lain2 kaler. Spek Ray Ban nya design bermacam2 kaler. Beg besar. Penari UiTM bah ni. Part3 lah tapak permulaan dia menari. Disaksikan aku, Tim, Dega n Ras. Hehe Sorry Famy. Tapi ingat tak kitorang slalu gelakkan ko dulu sebab ko menari gila punya keras. Cam teda harapan ko mo lembut2 sudah. Tapi turns out? Bukan calang2 punya penari. Persembahan sana sini tak putus2. Aku kagum. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke rebungnya. Ye dak?



Zam: Mastermind. Ada je aktiviti kelas yang dia nak buat. Gi piknik la. Gi Pulau la. Gi hot spring. Kalo bab2 pengisian game..dialah. Kekadang takde aral melintang, tetiba je "Jom gi makan di Juara". Zam gak sentiasa bermurah hati kalau orang naik kereta dia tanpa meminta sesen pun tambang. ..Player hoki UiTM bah ni. Dulu masa dia nak tubuhkan kelab Hoki ni..ada ke patut Zam ni suruh aku jadi Naib Pengerusi dia? Cuak la aku. Aku dari zaman skolah lagi takde la minat sangat hoki2 ni, biarpun bf pemain hoki (ahaha..Sorry)..layan sket2 je. Rupanya...Zam cuma pinjam nama je. OK phewww.. Takut gak kalo ada meeting..n aku kena turun. Tapi sampai abis study...satu meeting pun aku tak pernah turun. Ke memang takde meeting tu Zam? or tak kena inform? anyway, bukannya aku ada sumbangkan apa2 pada kelab tu pun. Sorry Zam..i suck at being your helper. haha


Jan: Footballer sorang ni kuat betul bersukan. Bola tu kira cam andrenalin dia. Dulu masa aku bertugas untuk Liga Bola Sepak IPT, slalu la nampak muka Jan ni. n setiap kali jumpa mesti bagi ingat kat dia. "Jan, jangan lupa hantar assignment esok.". "Jangan lupa test next week". hmm..kesian. mesti time main bola tu stress pikir balik pesanan tu. Tapi apa bleh buat? Dah memang tiap kali dia turun main bola, ada je yang keje yang claz kitorang kena assigned. Lagipun, kan dah memang tu tanggungjawab clazmate.


Jiya: Photogenic. Jealous gak la. Tengok je la gambar2 dia..memang bestpren ngan kamera. Tangkap la gambar dari mana2 angle..cun je. Orangnya bukan la jenis kuat blaja..tapi dia cepat tangkap. Bestnya kalo aku pun camtu. Takyah susah2 mo perah otak blaja. Tapi result tetap gempak. Apa2 hal...ko punya bob-hair look time part 1 la tetap jadi ingatan. Rihanna bah ini. 



Iqram: Balak pada si penama di atas *koff*. Dia la pemuzik. Dia la penyanyi. Dia jugak la politician wannabe. Ohh..n Liverpool's kipas susah mati punya olang. Biarlah Liverpool dok kat ranking paling bawah kat carta liga. Like he cares? Memang peneman setia team You'll Never Walk Alone ni. Dua orang ni memang couple sejati. Tumbuk2 sesama sendiri tu kira no hal lah. Kekadang kesian gak tengok si awek kena buli dek balak..tapi bila tegok si awek 2x5 je....er....Takyah la masuk campur. Kang tak pasal2 aku plak kena hentam.


June: Orangnya kecik n comei. Tapi sekali dia membebel. Adehh..boleh tahan. June..aku akan ingat camne ko menari di bilik time part 3 dulu. Sayangnya aku takde video. haishhh~


Adel: Si kawan sorang ni satu2nya awex non-Muslim dalam claz. Otak gila2. Suka ketawa n ketawakan orang. Popular dengan phrase "si kawan". 


Rin: "Dari kiri....Cepat jalan...kiri..kanan..kiri..". Hah..tu la keje Rin tiap2 minggu. Dah komander. Memang tu la tanggungjawabnya. Rin jugak pembekal nota2, buku2..n answer scheme harapan. Ye la, orang ramai kenalan supplier dari senior2... Nak harapkan kita cari..humphhhh..tak tercari2 la. Semua harapkan muncul depan mata.


Rem: si hensem. (he said it himself). awalnya...pemalas ya ampun. Malas gi claz. Malas wat assignment. bla3. Tapi masuk pertengahan study nampak giler perubahan dia. Dia dah start rajin. Rajin gi claz. Rajin buat assignment. n sentiasa up-to-date tanya perkembangan terkini. "Ada claz ka hari ni?" "Jadi ka tu claz esok?" Kekadang rajin jugak suruh member sign attendance untuk dia. kekadang la. 


Akasyah: Orang Labuan sorang ni ala2 beliau pada awalnya. Pakaian smart2..beg kulit hitam dijinjit ke hulur ke hilir. Tapi dah ujung2 study..jadi mat sempoi lak. Pakaian pun berubah. Ntah la..mungkin tu dah memang stail dia. Cuma awal2 je agak skema sket. haha. Siap ada skali tu, untuk presentation Sellling. Dia menari. (ala...yang game Dance Revolution dulu tu). Tak bleh blah betul. 


Daus: Tinggi macam...............(fill in the blank). Daus, no offence k? haha. Dah hang memang tinggi giler. Nak buat lagu mana? Dia half Penang la camtu. Itu pasai cek cakap Utara la ni. Trimas sebab bawak kitorang satu kelas pekena laksa mak hang.


Suhaimi: Komander sorang ni pun keje dia dok jerit' "Dari kiri...Nombor!". Well, mungkin itu bukan keje dia yang sebenar, tapi bayangkan je la keje komander tu sebenarnya camne ye. Dia ni cukup femez ngan tarian-pusing-jari dia tue. Kedua-dua jari telunjuk ditunjuk ke langit sambil pusingkan jari tu 360' n bahu juga digerak 360' arah jam. 


Bush: Harap maklum. Dia bukannya Bush yang dok mengebom sana sini tak tentu pasal tu ya. Dia ni Cik Bush kita. Ni pun half2 Kedah. Orangnya comei-lote. 


Nelson: Aku sangat malu dengan dia. Bukan sebab aku syok kat dia mahupun sebab aku takde hidung. Tapi sebab peristiwa part 4 dulu masa aku study di Sarawak. Begini...Aku ingat 'Nelson' yang aku save kat dalam henpon tu kepunyaan Nelson Sarawak...rupanya..lepas dah taip segala serapah dalam bahasa Sarawak, maka dengan konfidennya aku hntr SMS tu.


Yong: Nelson, Ada bas sik? Mun ada, padah awal2, mok shopping makanan.
Nelson: Huh?
(Maka aku pun refer balik SMS aku. Salah ke Sarawak aku ni?)
Yong: Ada bas tak? Sebab kami nak beli barang2 untuk lawatan ni.
Nelson: Sepa ni?
Yong: Rasnah dan kawan2. (jual nama Ras jap time tu)
Nelson: Cehh..balik Tawau la ko sana. Lawatan apa lagi?
(Aku terpinga2. Tawau? Camne dia leh tau Rasnah orang Tawau lak ni?)
Yong: Ala..lawatan ke Miri tu.
Nelson: Ntah. Cuba ko tanya Darwan.
.
.
.
.
(aku malu)

Shahlan: Pemalu. Pendiam. Mungkin jugak sebab aku tak brape kamcing ngan dia. Tapi kekadang kalau dia buat lawak...ketawa jugak la. Memang klakar orangnya. Dah la buat lawak..muka slambe je macam takde unsur lawak dalam lawaknya. Bab2 komputer dia memang pro. Dia la yang tolong reformat lappy aku n ajar camne nak buang virus Shortcut budus yang menyerang external hard disk aku tu. Masa tu ingat dah takde harapan nak save segala isi2 hard disk tu...nasib baik SuperShahlan came to the rescue. ho-ho-ho.


Vyeroon: Orangnya ala2 pendiam n pemalu. Suka senyum. Orang kalo tengok dia pun bleh hilang stress skejap. So sape yang stress kat luar tu, sila tengok muka Vyeroon ni untk hilangkan stress. haha


Dye: Dulu masa skolah sama2 kat SMK Likas, tak pernah aku tegur dia ni. Dia pun tak pernah tegur aku. Ye la, kitorang bukannya sama claz. Claz dia plak nun jauh kat blok lagi satu. Tup..tup..satu claz ngan dia masa Diploma. Aku tak sempat nak rapat ngan dia sangat. Mungkin sebab dia mula masuk claz aku time part 4..tapi aku masa part 4 lak gi Sarawak. So bila balik Sabah..kekadang rasa cam kekok pun ada gak. Tapi bila flashback masa Part 3 bila dia bilik sebelah aku. Mak aihh..ingat lagi dia n the geng menari ikut lagu Korea apa ntah namanya. Fuiyoo Dye! Gila2 gak otak dia ni. 


Rachel: Dia pun seangkatan ngan Dye. Menambahkan ahli keluarga bahagia DBS group 1 masa part 4. Otai gila2 dia ni la. Orangnya selamba. Buat apa2 pun selamba rileks je. 


Fiqa: Orangnya sangat pendiam n pemalu. Tinggi. Slim shady. Tapi pandai hangin gak. Sekali dia pot pet...hah. Rasa la.


Danie: Suka berpesyen. Ada je stail terbaru each time. Dia je satu2nya awex yang rajin bebenor pakai heels ke claz. Sementara yang lain dok mengeluh sakit kaki pakai heels..Danie je yang bertahan. Dressing pun lain2. One day camni stail dia..the next day lain lagi. Rambut pun gitu gak. 


Nasir: Mamat sorang ni tak habis2 cerita pasal kereta dia. Tak sah kalau dok seminit ngan dia, dia tak buka cerita pasal kereta. Aku ni bukan la peminat kereta sangat, melainkan ko cerita pasal VW Beetle baru la aku akan excited giler. (Dream car since age 9). 


Anep: Mat Romeo sorang ni jenis yang selamba. Kenapa aku cakap mat Roeo? Cuz kekadang dia suka act cool n ala2 hero Malaya. Suka sangat berbisnes. Siap suruh aku follow dia kat satu website pelancongan satu ni. 


Abby: This person begitu mementingkan penampilan. especially his hair. Itu pasal AbB... j'adore your hair. Apa tips? Tu klau angin sepoi2 tiup tu..konpom melayang2 bak sutera. Tapi takpe, "Guna jari pun boleh". 


Weddley: Mat Dusun sorang ni ala kiut gitu. Mata sepet. haha. Orang Ranau bah ini.





Hmm....itu la dia sedikit sinopsis tentang kawan2 aku n peristiwa2 yang akan aku ingat sampai bila. Aku ni kekadang ada short term memory sket. Tu pasal ada sinopsis yang agak panjang, n ada yang 2-3 kerat je. Tapi dont worry my friends.Nanti klau tetiba aku teringat apa2 peristiwa (atau korang yang ingatkan) aku akan add lagi. Buat masa ni, ni je la yang mampu aku sediakan. 

Jom layan gambar! (sambil pasang lagu Graduation) tsk..tsk..tsk...


Program Finishing School. With Sir PM Roslan bin Mokhtar
A lil token of appreciation for the long-lasting class rep.
With Madam Sharifah Nurafizah.
The guys
BEL discussion
Camping Brass Band @ Simpang Mengayau
Futsal; Class activity part 3
Jekyll & Hyde Drama; English Week
Class picnic @ Tg.Aru Beach
UiTM campaign for Palestine's Freedom
Urusetia Liga IPT 2010
Sukarelawan Supermits
With dancers from Uzbekistan @ Suria Sabah
JKP's @ Library
daily routine view: rebut bas
i <3 my friends
Sungkai @ Juara Nasi Ayam
Totem pole?

3 comments:

Cambest jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...