Entri kali ni aku nak cerita pasal lecturer plak. Wahh..gempak gitu. Tapi bukan hot2 gosip OK? Kang tak pasal2 hilang berkat apa yang aku blaja selama ni.
Harus diingat! Aku blom sah graduate diploma lagi ni. Disember nanti baru leh dapat result berkat ke tak berkat aku blaja selama 3 tahun ni.
Apa2 hal..aku sangat bersyukur sebab berjaya melepasi semua subjek2 dalam Diploma in Business Studies ni. Walaupun DBS ni bukanlah pilihan aku masa isi borang lepas SPM dulu. Tapi tu la dia, berkat anak dengar cakap mama dan papa nya, Alhamdulillah~
and kalau la takde nya lecturer2 yang best2, sporting2, klakar2....mana mungkin aku bleh berjaya harungi segala rintangan pelajaran dan rohani di UiTM ni.
Part 1
Subjek yang paling aku takuti gagal. Basic for sure takde. Well..ada la sket masa Form 3 dulu untuk subjek KH..tu pun hangkang gila punya tension. Tu baru blaja debit-kredit tu! Blom masuk Income Statement la, Cash Budget la. Ntah2 bleh botak ooo kapla. Apa subjek ni? Financial Accounting. Tapi berkat kesabaran Madam Suzanne yang tak pernah putus2 harapan mengajar aku yang agak 'lumpy' bab2 akaun ni...maka LULUS jugak aku akhirnya. Lulus je tau! But not with warna2-berterbangan la for sure.
Untuk subjek Consolidating in English: Sir PM Roslan yang bertanggungjawab menanam minat kitorang ngan English. Siap cabar lagi. Whoever gets an A for his subject nanti dia blanje makan. (n i got an A..hooray..thanks to u Sir) Unfortunately, i didnt get the makan part. Time clash. Bila dia free..i'm not. When i'm free..he's not. But it doesnt matter really. Sir ni sangat strict orangnya. Sangat menegaskn disiplin. Dia expect student2 dia untuk sentiasa berpakaian kemas. Kalo serabai..huh. Jangan harap nak masuk claz dia. Kalau lambat masuk claz lagi la~. Kirim salam dia nak bagi masuk. Dok la korang kat luar claz tu. Tak pun..balik la. Tak guna dok luar kalau sir takkan buka pintu. Bahasa pengantara dalam claz plak...100% English. Kalau talapas cakap Melayu...bayar. (20sen klau tak silap). Disebabkan ketegasan beliau la..jarang kitorang escape claz dia. Besides, rugi kalau tak attend claz Sir ni sebab claz Sir ni sangat interesting. Hari2 ketawa dek lawaknya. Memang berbaloi la gi class Sir ni.
Madam Zabidah plak bertanggungjawabnya ajar subjek Fundamentals of Management. Subjek dia sangat membosankan sebab 100% subjek membaca. Tapi Madam berjaya mengsyokkan subjek tersebut..maka aku pun berjaya mendapat A. Another Hooray.
Part 2
This time yang ajar English, Madam Bernadette. Kalau nak diikutkan pengalaman sepanjang 3 tahun kat UiTM ni..Preparatory for MUET ni la paling susah. n maybe sebab lecturer dia agak strict dalam bagi markah. So aku hanya berjaya dapat A-. Boohoo.
Again..sem ni aku tak terlepas dari subjek akaun. Cost Accounting sekali lagi cabaran yang perlu aku hadapi. Tapi mungkin sebab dah trauma or dah blaja dari pengalaman lepas..akaun sem ni agak senang dibandingkan dengan sem lepasnya. Thanks to Madam Agnes..tho tak dapat A (i knew it)..B pun jadi la.
Microeconomics was never my interest. Like Urghhhh~ Tapi Madam Sumaf merangkap koordinator fakulti kitorang time tu slow2 membimbing kitorang. Sifat keibuan dia lah yang buatkan kitorang pandai mengalah. Kadang2 tak tahan tengok madam marah. Bukannya kitorang takut. Tapi main2 lagi. Madam slalu cakap, "eeeee.....kamu ni!" (nada geram) n slalu respon yang kitorang bagi, "Ala Madam~"
Untuk subjek Fundamentals of Marketing plak..skali lagi madam Zabidah yang responsible menggalas tugas menjadi lecturer kami. Madam ni pun bersifat keibuan. n romantik OK? Ada skali tu, suami Madam datang ke kelas. Datang in a sense of 'menjenguk kepala dalam kelas'. Maka berlangsung la video klip Hindustan skejap. Si suami mengintai. Si isteri tersipu2 malu sambil menyuruh si suami jangan kacau. Syoosyoooh. Maka kami pun..."Ehiiiii...madam~". Madam: muka dah merah.
Part 3
English for Academic Purpose was taught by Ms Nancy. Beliau sangat best. Bila recall balik..ingat 1st day of claz. Berapa kerat je yang datang ke claz. Ye la,,yang lain kan dah hebat English. Ms Nancy sangat baik orangnya. Biarpun kitorang tak siap assgnment, Ms Nancy tak pernah marah kitorang. Tagline yang Ms suka pakai, "Oh really?" (nada lembut). Mungkin tu la sebab kitorg pun agak nakal. Tapi bila adanya program English Week kat UiTM. Kitorang satu claz pakat nak join contest2 yang ada. termasuk la Drama Competition n Battle of the Bands. Nama kumpulan kitorang plak...(in regards to our beloved Ms Nancy)..maka dinamakan Sweet Nancy. Biarpun tak juara...naib juara pun jadi la. Tepuk tangan. Yay~
Introduction to Statistics. Hmphh...awal2 susah gak nak study subjek ni. Sir Azmi garang wooo. Dalam claz ada peraturan. Tak bleh makan minum dalam claz. (Tapi kalau belikan dia makanan..tak pe). Otomatik semua orang bleh makan dalam claz. hehe. Dalam claz Tak bleh bising (nanti sir tak dapat berfikir). Klau take 5..betul2 5minit. Tak bleh lebih. Nanti kena kunci pintu. Tapi lama2..from 5 minit...sampai 10minit. 15 minit. Sori la sir..kami agak pembuli sedikit. (Sikit je.) Tapi lama2 dengan Sir..kitorang kamceng. Macam kawan. Kalau Sir buli kitorang..maka kitorang buli balik. hehe. Bukan nak menjatuhkan maruah seorang lecturer, tapi melalui cara ni la student dan lecturer boleh rapat n senang nak berdiskusi. Teringat dia tegur Shahlan, "Eh..klasiknya nama ko..hahaha.". Sabar je la.
Eko...eko..eko...siapa lagi kalau bukan Ibu Sumaf yang tersayang. Macroeconomics. Up sket dari Microeconomics last sem. Again...wasn't my favourite subject. Tapi skali lagi Madam Sumaf berjaya membimbing diriku kearah yang betul. walaupun tak dapat A (tu la Nabila..blaja tak sepenuh hati)...tapi aku bersyukur. Dan sem ini jugak merupakan sem terakhir Madam Sumaf sebagai koordinator kami. Siapa la agakya yang bakal menggantikan tempat Ibu Sumaf nanti ya?
Business Communication. Skali lagi Madam Zabidah bertanggungjawab menggalas tugas mendidik kami sekelas. Hatrik tu. Biz Comm best. Sebab ada mock interview. Mock meeting. Cuma yang tak best. Buat2 surat. Adeh. Kenapa la aku tak minat benda2 camtu ya? Disebabkan tiadanya keikhlasan membuat surat2 tu la aku cuma dapat A-. huhu. Madam Zabidah setelah 3 sem bersama2. Maka kami merasa begitu rapat. Dia sangat concern ngan attendance. Dia akan tanya siapa yang takk datang n why? Itu pasal susah nak cheat attendance dalam claz dia. Takut kantoi. (lumrah kehidupan pelajar...asyik nak tipu attendance je keje)
Part 4
Sem ni..aku berjaya menempatkan diri di UiTM Sarawak. Ni gara2 sem lepas gi gatai tangan isi borang untuk Student Exchange Program la ni. Tapi actually..memang aku nak pun. Nak tukar environment baru sket. Besides, bukan aku lone ranger kat sana. Aku ditemani Fatimah, Rasnah n Ikhlas.
Business Law. Hoho. gempak je bunyi. Dalam kepala otak aku..Alamak! Nak kena hafal akta2 n tarikh2 semua la tu. Good thing was, kami dapat PM Baduyah. Masa awal2 tu..masa Madam blom aware kami pelajar dari sabah..dia redah je cakap Sarawak. Contoh2 semua dalam sarawak. Kitorang pun cam temberang la sket, pura2 paham, Tak pun cuba2 la paham. kot2 leh terer cakap Sarawak pasni. Nasib baik lepas tu Madam tersedar awal n slalu tanya2 kami whether kami understand dia cakap or not. klau tak paham, maka dia akan repeat in a more sensible term. Contoh2 yang madam bagi regarding the Acts semua contoh yang obvious yang mudah difahami. Ayat2 dia pun senang kita nak imagine situasi dia. Tu yang best Madam ni. Tho..ada yang tak best tentang claz dia. For me la. Dah nama pun claz membaca/mendengar..slalu sangat aku mengantuk dalam claz. Tapi nasib baik Rasnah yang slalu dok sebelah aku akan tolong cubit supaya aku sedar. Ada sekali tu. Ras tengah cubit2 tangan aku supaya aku hilang drowziness, then Madam tegur "Aihh..main urut2 plak diorang ni". (huhu...malu) Pastu Madam ketawa. Aku pun segar-bugar. TQ madam~
Fundamentals of Finance diajar oleh Madam Carolin. Madam ni pun best sangat2. Even though at times dia ajar sangat laju (Atau aku yang lumpy?) Tagline yang slalu Madam ni gunakan "Are you with me?". hmm.. Madam ni tak pernah kisah kalau masa dia tengah ajar n terpaksa repeat berulang kali, just so we'd understand. Kerana kesabaran dan ketekunan beliau la..aku berjaya push diri aku untuk mendapat A. Alhamdulillah~
IT in Business. Hoho. Lecturer yang bertugas? Sir Robert sempoi. Orangnya sangat sempoi. Suka tersenyum. Kenapa Sempoi? Sebab dia sangat sempoi time mengajar. Relax je. Ada sekali tu..takde angin takde ribut. "OK..esok Test". What da-? Esok??? Ni test tau..bukan kuiz. So imagine brape chapter nak kena baca. Puas dipujuk..."Sir..mana boleh camtu. Banyak tu chapter nak kena cover". Sir hanya tersenyum. Apa lagi..struggle berabis la. Esoknya test. Pheww...takde la susah mana. Good thing apa yang dibaca smalam kluar sket.
Public Relations. Sir Khalid nama diberi. n bagi claz dia la aku menggalas tugas class rep. Terima kasih rakan2 sekelas yang lain sebab mencalonkan nama aku. Grrr... Tapi keje aku bukannya perlu "Bangun semua...Selamat pagi Sir Khalid"..ohh tidak. Tugas aku senang. Evrytime sebelom masuk claz dia, keje aku pegi ambik Projector Slide kat UP&P...abis claz. Return. Tu je. Propa je lebih aku ni. n Sir kira cam daddy kitorang la sepanjang di Sarawak tu sebab suka tanya khabar kitorang, borak2 semua. Sepatutnya untuk subjek ni, kitorang ada lawatan sana sini. Tapi disebabkan bberapa faktor yang tak dapat dielakkan, maka kami cuma membuat lawatan di area Kuching je, iaitu di Sarawak Cultural Village. n before semester ends, Sir ada bawak kitorang makan2. Best2. (memang la best. kena blanje kan?)
Part 5
oH no...jumpa lagi Eco. n this time Malaysian Economics. *yawn*. Lecturer bertanggungjawab....(drum roll) Sir Dharshan. Sir ni suka bercerita..i mean in terms of economic la. n again aku plak? Kira biri2 la. Tapi most of the time..cerita2 dia best. Sir suka apply pada curent issues, so senang la sket nak paham. n again..since i didn't put my whole heart to the subject, maka B- je aku mampu dapat. Still, i'm grateful.
Fundamentals of Investment was taught by Ms Flicia. Orangnya muda dan sangat cantik. Menjadi inspirasi buat ramai pelajar untuk berjaya dalam usia yang begitu muda. Cewahh.. Subjek ni agak susah bagi aku. Nak nak 4 jam kredit lagi tu. Tapi berkat kesungguhan taknak gagal dalam subjek ni..aku tekad untuk belajar bersungguh2 di samping dapat bimbingan dari Ms Flicia. Alhamdulillah aku berjaya meluluskan diri (tak dapat A). Still, i'm grateful. I thought i did worse than what i got.
Human Resource Management. Again subjek membaca. Tapi subjek ni best actually. Not that i hate subjek membaca. Tapi kalau kena ngan lecturer yang mengajar..memang best. Nak jawab test pun senang hati. Ms Dayang antara lecturer2 itu. Madam berjaya membuat claz kami enjoyable n tak ngantuk2. Agak strict. Tapi bagus la jugak. Takde la kitorang malas2.
Operations management. Wee hee...i like this subject. i mean i love~ this subject. 50% reading...50% calculation. Ms Myda orang yang bertanggungjawab mendidik kami n more of boosting my interest towards this subject. Ms Myda orangnya sangat friendly. Slalu offer gula2 Eclipse dalam claz. Mungkin jugak sebab tak ramai student dalam claz dia untuk subjek ni...so kitorang senang nak communicate dengan dia. Tanya itu ini. n paling best. Ms ni kuat bercerita. Ada sekali tu kitorang cerita2 pasal blok asrama lama la.. kejadian2 hot yang latest la. haha. Cerita pasal life masing2 la. See? this way..takde la tension asyik blaja je. n thank u Ms Myda for the A. n as for that, i've become inspired so much that i plan to continue my studies in Operation Management degree nanti. InsyaAllah~
Part 6
Fundamentals of Entrepreneurship. Taught by Prof Mat Yassin. Pun sempoi orangnya. Prof tak pernah marah2. Instead, dia suka nasihatkan kitorang. There was the time bila kitorang semua tension gila buat proposal (mau tak tekanan...buat last2 minit sape suruh?)...Prof relax je. Balik2 dia ingatkan, "Ni cuma planning. Bukan nak buat betul2. So tak perlu itu ini sangat." Kitorang plak sibuk risau ini tak ada..ini tak cukup. Mau tak gabra..dok sibuk tengok student course lain sibuk2 cari itu ini. Tu la..lecturer sendiri ada, taknak tanya. Tu yang tension tu. Biarpun tak hantar assignment on time, Prof sentiasa terbuka hati untuk terima assignment tu di lain hari. Macam mana tak awet muda, asyik senyum je.
Intro to Transportation taught by Sir Kam. Sir ni slalu busy. Nak2 jadi kami punya koordinator lagi tu. At times kami slalu kena cancel claz sebab Sir ada meeting sana sini. Tapi Sir jugak ambik berat pasal claz2 yang dia batalkan tu. n sentiasa update on the latest date untuk buat replacement. Sebelum exam gak, Sir ada jugak bagi tips2 camne nak jawab soalan. Apa topik2 yang slalu kluar. Just so kitorang lebih bersedia. Takde la cuak giler bila masuk exam hall nanti.
Principles of Selling dan Research Methodology. Kenapa aku taruk 2 subjek sekaligus? Sebabnya... Madam Sharifah a.k.a Fifi menggalas tugas mendidik dengan penuh kasih sayang bagi kedua2 subjek ni. Madam ni sangat best~ Pada awalnya, Madam ni cuma ajar subjek Research je. Tapi dek kerana takde lecturer lain yang nak ajar kitorang Selling..tsk..tskk.....maka Madam pun dengan terbuka hatinya sanggup menerima kami yang (bak-kata-madam) Manja2 ni. haha. Awal2 sem lagi..madam dah tunjuk kebestan dia. Madam offer marshmallow kat kitorang. Weehee.. free makan. tapi nampak cam strict giler. Macam garang. Tak dibenarkan datang ke kelas lambat sket. Otherwise. Kena kunci pintu. n Hampir2 kena suruh pakai smart2, heels n make-up segala...(which tak jadi). Phewww~. Kan aku cakap, madam kami best~ n Madam kami ni sangat concern ngan attendance. Takyah refer attendance sheet..terus dapat detect sape tak hadir. Madam's favourite tagline, "Am i too fast?".....n our answer would (always) be, "No!~ n i remembered lepas abis exam paper Selling, Madam tanya how it went. (Such a concerned lecturer.) Terharu kalau ada lecturer yang ambik berat pasal kita.
Anyhow, to all lecturers of UiTM Sabah (& UiTM Sarawak) yang pernah ajar DBS group 1 batch Dec'07-Nov'10.. i very much appreciate your toils n hard work yang tak pernah jemu2 layan kerenah kitorang. Saya bagi pihak rakan2 ingin meminta maaf banyak2 sekiranya kami pernah terkasar bahasa, terguriskan hati, mahupun tergurau lebih2. Maafkan kemalasan. kedegilan & kecomelan kami semua. hehe.
P/S: Sorry for using Bahasa Rojak. *wink*
No comments:
Post a Comment